Panasnya Hari Ini

Nasib Muhyiddin, Shafie Mungkin Dibincangkan Dalam Mesyuarat Tergempar

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hassan Malek tidak menolak kemungkinan bahawa parti itu akan mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan mengenai nasib bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Hassan berkata, UMNO tidak akan bertolak ansur dengan musuh yang berada di dalam parti.

“Kami (UMNO) tidak boleh bertolak ansur dengan semua ini dan kami juga tidak mahu mempunyai musuh yang berada di dalam parti,”katanya, lapor The Star Online.

Mengulas lanjut, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Kebiasaannya, kami mengadakan mesyuarat sebulan sekali, tetapi saya percaya akan ada panggilan untuk mesyuarat tergempar.

“Kami kena lakukan sesuatu tentang perkara ini, jika mereka ingin bersama UMNO, mereka perlu bekerja dengan kami dan sokong kami. Sebaliknya, perkara ini menjadi lebih teruk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Shafie yang menandatangani Deklarasi Rakyat semalam bersama 56 bekas pemimpin kerajaan, pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) semalam.

Deklarasi itu bertujuan untuk menuntut supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kami berasa malu dengan tindakan penggantungan timbalan presiden parti dan juga naib presiden parti.

“Mereka lupa bahawa ini adalah musuh utama dan mereka boleh duduk bersama dengan menandatangani deklarasi tersebut,”ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");