Panasnya Hari Ini

‘Media Patut Dikawal’ –Bekas Menteri Penerangan

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: “Media patut dikawal dan tak dibiarkan bebas sepenuhnya. Bagi saya tidak ada kebebasan (secara menyeluruh),”kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Berkata kepada Free Malaysia Today dalam satu wawancara khas bersama portal berita tersebut, Zainuddin berkata, tiada mana-mana negara yang memberikan kebebasan secara penuh kepada warganya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan untuk menyekat akses pengguna ke portal berita The Malaysian Insider.

Jelasnya, beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan itu, tetapi sepatutnya kerajaan sudah mengambil langkah itu dari awal lagi.

“Masa tak kena, dah terlambat. Kalau dari awal lagi disekat, ia tidak akan memburukkan keadaan seperti sekarang,”ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses pengguna ke The Malaysian Insider pada 25 Februari lalu berikutan portal berita tersebut menerbitkan laporan berhubung siasatan SPRM terhadap 1MDB.

Sementara itu, Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu juga turut menyalahkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah berjanji kepada rakyat untuk memberi lebih kebebasan sehingga meningkatkan tahap jangkaan rakyat.

“Pentadbirannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menjanjikan kebebasan yang lebih besar, melahirkan jangkaan di kalangan rakyat dan media.

“Tapi keadaan sekarang lebih buruk berbanding sebelum pemansuhan ISA,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");