Panasnya Hari Ini

‘Tidak Patut Ada Parti Agama Di Malaysia’

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah negara yang majmuk dan mempunyai lapisan masyarakat berbilang agama, Malaysia tidak sesuai mempunyai parti politik yang berasaskan agama.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, merujuk kepada sejarah PAS dan UMNO yang merupakan seteru utama di dalam politik, sentimen permusuhan antara parti menjadi semakin marak apabila melibatkan faktor agama.

“(Presiden PAS), Abdul Hadi pernah kafirkan orang UMNO. Sehingga kini perasaan kebencian yang ditanam Hadi di kalangan akar umbi PAS terhadap UMNO susah (dipulihkan), sebab ia berasaskan agama.

“Bagi saya, tidak patut ada parti agama di Malaysia. Bagaimana apabila berkata-kata, anda mendakwa berkata-kata bagi pihak Tuhan, dan kata Tuhan sokong anda,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, pada 7 April 1981, ‘Amanat Haji Hadi’ yang dikaitkan dengan Presiden PAS itu sentiasa menjadi duri dalam daging PAS.

Di dalam ‘amanat’ itu, Abdul Hadi dilaporkan menulis bahawa UMNO mengekalkan ‘undang-undang penjajah dan kafir’ dan mana-mana pihak ‘menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku’’.

Dalam masa yang sama, Zainuddin turut menyifatkan Abdul Hadi adalah seorang ‘pemimpin paling tidak Islamik’.

Ianya berikutan Abdul Hadi mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan pihak yang pernah dimusuhinya.

“Hanya kerana kepentingan politik, UMNO kini sudah jadi Islam pada dia. Sekarang yang paling tidak Islamik Haji Hadi, sebab menyeleweng daripada perjuangan asal tanpa segan silu, hanya untuk survival politik,”ujarnya.

Sementara itu, isu penyatuan UMNO dan PAS yang dibangkitkan beberapa kali sebelum ini bukanlah satu perkara yang mudah jika dilihat dari luaran.

Ini kerana, katanya, hanya terdapat segelintir sahaja pemimpin PAS yang menginginkan perkara tersebut menjadi kenyataan.

“Tambahan pula dalam keadaan sekarang, di mana kita harus keluar daripada sentimen Melayu dan keislaman yang melampau.

“Generasi muda juga sudah berbeza. Maka jika bercakap tentang penyatuan PAS-UMNO ini untuk kepentingan orang Melayu, saya fikir susah orang nak terima,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");