Panasnya Hari Ini

Mengapa Takut Kepada Papan Iklan #BebasAnwar? -Azmin

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa beliau keliru mengenai kontroversi papan iklan #BebasAnwar yang sehingga kini masih mencetuskan pelbagai kekecohan di negeri berkenaan.

Beliau turut mendesak untuk mengetahui kesalahan yang ditimbulkan dengan pemasangan papan iklan itu.

“Mengapa takut kepada papan iklan? Ia tidak menyebabkan apa-apa masalah atau jenayah.

“Adalah lebih baik jika arahan dikeluarkan untuk membendung jenayah seperti kes ragut dan serangan yang semakin meningkat.

“Apabila ekonomi menghadapi kemerosotan, kadar jenayah boleh meningkat. Polis perlu menggembleng tenaga untuk memerangi jenayah kerana ia adalah satu isu besar, bukannya memberi tumpuan kepada papan iklan,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta agar pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor bertindak menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu kerana ia memaparkan unsur-unsur hasutan.

Khalid menerusi akaun Twitternya berkata, Polis mendapati bahawa papan tanda itu mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");