Panasnya Hari Ini

‘Mereka Macam Fobia Dengan Lim Kit Siang’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pihak yang membidas Deklarasi Rakyat dan mengkritik pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilihat seolah-olah pihak-pihak tersebut fobia dengan Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang lain turut menandatangani deklarasi tersebut, namun mengapa hanya Lim Kit Siang sahaja dikritik.

“Mengapa pengkritik tidak menyebut nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atau bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik serta tokoh-tokoh lain yang secara terang-terang menyokong Deklarasi Rakyat.

“Ini seolah-olah mereka ada fobia,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, banyak pihak, khususnya penyokong UMNO cuba untuk membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat dengan mendakwa bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu.

Sementara itu, Sinar Harian menerusi satu laporan hari ini, Muhyiddin berkata bahawa Deklarasi Rakyat merupakan hasil buah fikiran Tun Mahathir.

Beliau membuat kenyataan itu bagi menyangkal kritikan yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang berkata bahawa mantan Perdana Menteri itu telah ‘terjatuh ke dalam perangkap’ pembangkang.

Muhyiddin berkata, deklarasi tersebut hanya bertujuan untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan dan perkara tersebut telah dirangka oleh Tun Mahathir sendiri sebelum disertai oleh ahli politik pembangkang serta NGO.

“Ia agak luar biasa, usaha ini dilakukan bersama pembangkang dan mereka yang sama pandangan dan bukan kami ke pihak mereka, dan bukan kerana terperangkap oleh DAP, Lim Kit Siang atau pembangkang,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");