Isu Panas

Misi selamatkan negara: Amanah sedia beri kerjasama

SELAYANG – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaan untuk bersama dengan mana-mana pihak yang sedang merancang misi selamatkan negara.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ia bagi membantu merealisasikan perjuangan reformasi yang dibawa Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan selama ini.

“Kami bersama dalam mana-mana gerakan yang menolak penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Pada waktu yang sama, kami mendesak agak reformasi institusi negara secara menyeluruh dapat disegerakan dengan menukar kerajaan sedia ada secara demokratik,” katanya ketika sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu meminta semua pihak mengambil serius gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap apa yang berlaku dalam negara pada masa kini.

Menurut Mohamad, gesaan Mahathir yang meminta semua pihak bangkit menyelamatkan negara merupakan langkah wajar memandangkan negara kini berada dalam keadaan kritikal.

“Krisis kepercayaan terhadap kepimpinan dan kedaulatan negara sudah sampai ke kemuncaknya.

“Semalam, Dr Mahathir telah melahirkan rasa kesalnya ke atas apa yang berlaku dan menyeru ahli-ahli Umno supaya meninggalkan kepentingan parti demi menyelamatkan negara dari kepincangan. Gesaannya perlu dipandang serius memandangkan beliau merupakan seorang tokoh,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");