Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Akan Hantar Surat Pada ROS

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan penggantungan jawatannya tidak mengikut prosedur yang betul.

Tambahnya, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO juga didakwa bersikap gopoh dan hanya mengambil masa selama dua jam sahaja bagi memutuskan untuk menggantung jawatan beliau.

“Saya tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab, untuk dijelaskan apa perkara yang dikatakan melanggar displin dan saya tidak dihadapkan di Lembaga Disiplin parti sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 20 Perlembagaan UMNO

“Saya tidak diberikan peluang yang adil untuk membela diri saya mengikut prosedur dan tatacara disiplin yang ditetapkan parti,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Jelas Muhyiddin beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan parti dan membawa usul dalam perhimpunan agung khas untuk meminda perlembagaan UMNO dan memperuntukkan perlembagaan displin parti supaya diadili dengan bijaksana.

“Orang yang menghukum itu tidak ada berkepentingan.

“Dalam kes saya ia boleh selesai hanya dalam dua jam sahaja ada yang mengatakan bahawa saya tidak mengambil bahagian untuk mempertahankan diri saya dalam mesyuarat tertinggi yang lepas.

“Memang saya saya tidak dapat hadir kerana ketentuan di luar negara,” katanya.

Beliau turut dimaklumkan sebelum itu bahawa tiada agenda khas membincangkan mengenai kedudukan Timbalan Presiden.

Tambahnya lagi ia tidak mengikut tatacara yang dikatakan mengikut perlembangaan.

Sehubungan itu, Muhyiddin akan membawa kes penggantungan jawatannya kepada pendaftar pertubuhan mengikut Seksyen 16 Akta Pertubuhan supaya pihak pendaftar pertubuhan boleh menjelaskan sama ada proses penggantungan tugas dan jawatan itu adalah sah.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak diberikan hak dan dihalang bagi menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.

“Perkara yang biasa dilakukan tidak dibenarkan dilaksanakan,saya pengarah pilihanraya semasa tempoh Timbalan Presiden, kesemua saya mengepalainya sebelum digantung, tidak juga diberikan kepada saya.

“Mengenai piliharaya negeri Sarawak, sepatutnya saya tidak ada di sini, sebelum di gantung saya tidak diberi ruang ke Sarawak untuk berkempen di sana, Tak ada arahan yang jelas sama ada saya boleh menjalankan tugas,” katanya lagi.

Tambahnya lagi tuduhan yang menyatakan beliau menjalankan tugas adalah tidak benar apabila beliau dikatakan telah dihalang bagi menjalankan tugas selaku Timbalan Presiden UMNO

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");