Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Perlu Taat, Hormat Ketua

KUALA LUMPUR:Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki meminta supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus mentaati ketua dan bukannya lantang mengkritik bagi tujuan melemahkan kepimpinan sedia ada.

Ujarnya, tindakan itu perlu untuk menjaga institusi yang seharusnya diberi perhatian apatah lagi Muhyiddin masih lagi ahli Umno.

“Kita perlu jaga institusi yang ada. Kalau kita yang jadi ketua, kita hendak orang hormat kita. Jadi kalau kita hendak orang hormat kita, kita kena hormat ketua.

“Dan hormat ketua itu bukan bermakna kita hormat individu tetapi kita hormat institusi yang ada, presidennya, timbalan dan naib presidennya. Dalam institusi yang ada presiden, presiden adalah ketua. Kena hormatlah pada presiden,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau turut menyatakan kekecewaannya terhadap sikap dan usaha Muhyiddin untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan BN ketika ini.

Tambahnya, tindakan Muhyiddin itu hanya akan mengundang lebih banyak kecelaruan di kalangan rakyat dan sedikit sebanyak menyukarkan usaha mendapat sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Kita tidak mahu keadaan bercelaru kerana ini boleh menyebabkan semangat ahli Umno menurun.

“Kita juga tidak mahu kalau ahli sahaja berpadu tetapi rakyat pula bercelaru. Kita takut ia mengundang rasa tidak yakin rakyat terhadap kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun menaruh keyakinan bahawa rakyat bijak menilai situasi yang berlaku dan ahli-ahli mampu mengatasi cabaran dengan baik menjelang PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");