Sukan Hari Ini

Mulvey puji pemain

PENGENDALI sementara Terengganu, Mike Mulvey memuji karakter pemainnya yang mempamerkan aksi memukau ketika menundukkan Selangor 3-1 dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Menurutnya, kejayaan itu bukan mudah sebaliknya hasil kerjasama dan persiapan rapi dalam kalangan pemain sejak lebih seminggu lalu.

“Secara keseluruhannya saya cukup berpuas hati dengan kemenangan ini kerana pemain berjaya merealisasikan setiap perancangan pasukan sepanjang perlawanan itu dan mereka berhak meraikan kejayaan malam ini (kelmarin).

“Malah kemenangan ini juga bakal menjadi titik permulaan buat pasukan dalam memburu kemenangan selepas ini dan ia juga menjadi hadiah terbaik buat penyokong yang sentiasa memberi sokongan padu buat pasukan Terengganu,” katanya.

Dalam perlawanan itu, dua jaringan Issey Nakajima dan satu dari Juan Jose Morales membantu Terengganu membawa pulang tiga mata bagi membolehkan mereka menduduki tangga keempat liga dengan sembilan mata manakala Selangor turun ke tangga kedua dengan 10 mata.

Mengulas lanjut, Mulvey bagaimanapun mengakui kelekaan benteng pertahanan sebaik babak kedua bermula menyebabkan Selangor berjaya mengikat kedudukan.

Bagaimanapun katanya, pemain telah menunjukkan kebangkitan sebenar mereka dengan memperagakan aksi lebih meyakinkan dengan meraih dua jaringan selepas itu.

“Kehadiran semula tonggak utama pasukan turut membantu pasukan melakarkan kemenangan pada perlawanan ini dan saya turut berbangga apabila Juan Jose Morales turut menyumbangkan gol .

“Kita tahu dia (Morales) masih belum cergas sepenuhnya, tetapi dengan semangat tinggi ditunjukkan akhirnya membuahkan kejayaan buat pasukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");