Panasnya Hari Ini

Nafi Adakan Mesyuarat Khas

Gambar:- BH Online

KUALA LUMPUR: DAP Pulau Pinang hari ini menafikan bakal mengadakan mesyuarat khas bersama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu untuk membincangkan isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Memetik laporan BH Online, EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung mesyuarat berkenaan.

“Saya baru tahu perkara ini selepas dimaklumkan kamu (pemberita). Saya tidak terima sebarang makluman berhubung mesyuarat berkenaan, selain tiada arahan mengenainya dikeluarkan parti,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAP ketika dihubungi oleh BH Online.

Sementara itu, ADUN Komtar, Teh Lai Heng dan ADUN Jawi, Soon Lip Chee turut memberikan reaksi sama dengan menafikan ada menerima jemputan bagi menghadiri mesyuarat khas berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");