Panasnya Hari Ini

Najib Akui Belanja RM1.5b Pada PRU13 – Mukhriz

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion daripada ‘derma’ yang diperolehinya untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.

Mukhriz berkata, pengakuan itu dilakukan oleh Najib dalam satu perjumpaan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri dengan presiden parti.

“Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan pengerusi-pengerusi perhubungan Umno negeri dengan presiden parti, saya hadir sama dan semua pengerusi perhubungan pun ada sama, dan ketika itu bila saya tanya mengenai RM2.6 bilion ini, Setiausaha Agung Umno, (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) pula yang menyampuk, presiden sendiri tak jawab.

“Dia kata sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13. Dia kata kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia tak boleh nak kata berapa banyak dia belanja,”katanya, lapor Sinar Harian.

Ujar Mukhriz lagi, Najib kemudiannya mencelah perbualan tersebut dan mengakui boleh menyatakan berapa jumlah yang telah dibelanjakan untuk PRU ke-13.

“Katanya pada PRU13, kita (BN) telah membelanjakan RM1.5 bilion. Saya terkejut bila dengar Presiden kata begitu.

“Saya fikir balik RM1.5 bilion, ke mana pergi duit itu. Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu dan hasilnya tak berapa memberangsangkan. Dulu kita tak pernah belanja duit macam itu pun boleh menang dua pertiga,”ujarnya.

Katanya lagi, pengakuan Najib itu telah menimbulkan persoalan di mana Perdana Menteri mendakwa telah memulangkan RM2.03 bilion balik kepada ‘penderma’.

“Jadi bayangkanlah satu lagi perkara yang saya rasa pelik dan hairan, RM2.6 bilion yang dia (Najib) terima katanya derma daripada Arab, kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion.

“Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik ke Arab?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");