Panasnya Hari Ini

Najib Perlu Hentikan Serangan Terhadap Media

Foto:-The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan barisan kepimpinannya digesa untuk menghentikan serangan terhadap media.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, media yang bebas merupakan asas penting buat demokrasi dan usaha-usaha untuk mendiamkan media akhirnya akan merosak imej Malaysia di mata dunia.

“Saya terkejut mendengar mengenai penangkapan tiga anggota program Four Corners dari ABC Australia di Kuching malam tadi kerana ‘cuba bertanya Perdana Menteri mengenai satu kes skandal rasuah’ seperti yang dijelaskan penerbit program tersebut.

“Saya mengecam penangkapan ini yang jelas merupakan satu usaha untuk menakut-nakutkan petugas media,”tegasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan itu turut menyifatkan penahanan itu merupakan satu serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“Ini merupakan sebahagian daripada siri tindakan, termasuk halangan akses ke laman Sarawak Report dan The Malaysian Insider, serta pengusiran Mary Anne Jolle dari program 101 East Aljazeera, yang jelas menunjukkan sikap tidak toleran Putrajaya terhadap media yang bebas.

“Walaupun ketiga-tiga kru ABC tersebut telah dibebaskan, mengikut laporan media mereka mungkin boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,”jelasnya.

Kata Fahmi lagi, dari segi prinsip, mereka (wartawan ABC) tidak patut ditahan hanya kerana mereka ingin menanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Sebarang usaha untuk mendakwa anggota media kerana melaksanakan tugas mereka sebagai estet keempat demokrasi patut dikecam,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");