Jenayah

Nyaris maut kenderaan rempuh pagar balai polis

REMBAU: Gara-gara ingin mengelak sebuah kenderaan, seorang kontraktor nyaris maut selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan dan merempuh pintu pagar Balai Polis Pedas, di Kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini petang kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Lim Cheng Siong, 38, yang memandu pacuan empat roda jenis Isuzu Demax tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tampin menghala Seremban dan sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan di laluan bertentangan telah masuk ke laluannya.

“Mangsa kemudiannya cuba mengelak namun hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok pintu pagar Balai Polis Pedas. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Susulan perlanggaran itu, tembok pintu pagar masuk sebelah kanan pecah, sementara pagar, tiang dan kunci pagar balai rosak. Selain itu, beberapa pasu bunga dan kolam landskap juga pecah,” katanya.

Ibrahim berkata, pihaknya kini dalam usaha mengesan kenderaan yang masuk ke laluan bertentangan berkenaan.

Kes disiasat di bawah peraturan 10 LN 166/59.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");