Panasnya Hari Ini

Jangan Layan Saman Tun M

KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak tidak melayan saman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bagi salah laku dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Ujarnya, ia dilihat tindakan pihak tertentu yang sengaja menimbulkan isu terhadap perdana menteri.

Tambahnya lagi perkara yang paling penting kini adalah telus dengan rakyat selain terus melihat perancangan kemajuan untuk rakyat pada masa hadapan.

“Kalau layan perkara begini tidak jadi kerja kita, yang paling penting kita telus dan rakyat tahu apa yang kita buat. Sekarang kita terus dengan apa yang kita hendak buat.

“Akhirnya rakyat akan menilai sendiri dan tahun apa tujuan pihak tertentu yang cari pasal dengan kita,”memetik sumber Astro Awani.

Terdahulu, Rabu lalu, Tun Mahathir, memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Selain Tun Mahathir, dua plaintif lain termasuk bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin.

Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman, Tetuan Haniff  Khatri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");