Panasnya Hari Ini

Pak Lah Dilantik Penasihat Petronas Baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini telah dilantik sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu.

Memetik laporan Bernama, keputusan berhubung pelantikan tersebut telah dipersetujui oleh Kabinet dan akan berkuat kuasa pada 1 April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh Kabinet.

“Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang,” kata Najib, lapor Bernama.

Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");