Isu Panas

Pakatan pembangkang baharu merugikan

IPOH – “Bukan lemahkan kerajaan tetapi lemahkan Pakatan Harapan,” demikian kata Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berhubung usaha kerjasama Pas dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan pakatan pembangkang baharu.

Menurutnya, pendekatan yang dibuat Pas itu jelas merugikan selain akan memecahkan undi pembangkang pada PRU14 nanti.

“Dengan adanya satu gabungan yang lain maka akan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru di merata tempat dan ini sudah pasti menguntungkan BN,” katanya ketika ditemui di Wisma DAP, semalam.

Sivakumar berkata, pakatan yang akan diwujudkan Pas itu juga membuktikan bahawa parti itu tidak mampu bergerak bersendirian dalam mendepani arus politik negara.

“Pendirian mereka juga sering berubah-rubah, sekejap cakap nak bersendirian, sekejap cakap nak buat gabungan, saya tak faham, apa tujuan sebenar mereka?,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa PKR supaya menyatakan pendirian sebenar berhubung kerjasama politik yang terjalin dengan Pas.

Katanya, pendirian itu perlu dinyatakan segera bagi melancarkan gerak kerja dalam Pakatan Harapan.

“PKR perlu ambil tindakan sewajarnya, mesti buat keputusan yang jelas, jangan buat rakyat kabur dengan pendirian kamu (PKR),” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");