Panasnya Hari Ini

PAS Berubah Selepas Pemergian Nik Aziz – AMANAH

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan PAS pada hari ini, terutama PAS Kelantan, semakin cepat berubah selepas ketiadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Tak sangka begitu cepat PAS berubah selepas ketiadaan bekas arwah tok guru Nik Abdul Aziz,”katanya, lapor Malaysia Kini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ‘porak peranda’ dalam PAS semakin ketara dapat dilihat selepas muktamar parti itu dan perubahan itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya bekas Menteri Besar Kelantan itu masih ada.

“Tetapi oleh kerana tiada seorang tokoh yang boleh dihormati oleh semua, boleh membawa kesepakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain mungkin tidak berlaku keadaan sekarang.

“Beliau bukan sahaja berjaya memupuk kekuatan PAS diseluruh negeri dan negara, malah tok guru juga mampu untuk menyatukan semua tenaga utama parti,”ujarnya.

Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015 dan empat bulan selepas pemergian beliau, kumpulan timbalan presiden, Mohamad Sabu telah ditolak dalam muktamar pemilihannya.

Mohamad Sabu kemudiannya membentuk AMANAH bersama-sama dengan bekas pemimpin kanan PAS.

Kata Wan Abdul Rahim lagi, PAS Kelantan kini dilihat tiada lagi unsur dan kaedah terbuka, sederhana dan langkah-langkah untuk memupuk kekuatan jemaah.

“Setahun pemergian tok guru Nik Aziz, kita dapati PAS di Kelantan khususnya dan pentadbiran kerajaan negeri mengalami satu perubahan ketara dan kita tidak pernah jangka secepat ini perubahan yang berlaku.

“Kita merasakan bahawa PAS sudah tidak lagi menjadi satu jemaah Islam yang mampu untuk menangani permasalahan dan suasana masyarakat yang ada. Perkembangan ini ketara selepas muktamar 2015,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");