Panasnya Hari Ini

Tolak Usul Undi Tidak Percaya Peguam Negara, Pembangkang Akan Buat Rayuan

KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa pihak pembangkang akan mengemukakan rayuan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung keputusan penolakan usul undi tidak percaya terhadap Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini memetik sumber MSTAR Online.

“Usul undi tidak percaya terhadap Peguam Negara ini dibuat oleh kami, jika diluluskan oleh Parlimen ia akan membantu Perdana Menteri memutuskan sama ada beliau mahu mengekalkan Mohamed Apandi atau tidak,” katanya.

Terdahulu, usul yang dikemukakan pembangkang untuk memecat Mohamed Apandi ditolak oleh Pandikar Amin atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Sementara itu menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul Ghani, pembangkang hilang keyakinan terhadap kredibiliti Mohamed Apandi berikutan keputusannya menutup kes kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");