Isu Panas

Pas Tanah Merah perlu RM300,000

TANAH MERAH – Sumbangan orang ramai masih diperlukan bagi menyiapkan projek pembinaan Markas Tarbiah Pas Tanah Merah (Mattam) di Bukit Tebu, dekat sini, yang dimulakan pada 2006.

Setiausahanya, Lotfi Ibrahim berkata, setakat ini, projek itu sudah 80 peratus siap dan masih memerlukan kira-kira RM300,000 lagi untuk disiapkan sepenuhnya.

Menurutnya, selain aktiviti parti dan program kerajaan negeri, Mattam digunakan untuk kuliah mingguan Muslimah dan tempat kegiatan sukan anak muda.

“Mattam juga menjadi lokasi kem motivasi untuk pelajar kerana dewan utamanya dapat memuatkan kira-kira 1,500 orang,” katanya.

Lotfi memberitahu, kawasan pekarangannya yang lapang dan luas juga membolehkan Mattam menjadi lokasi program yang melibatkan kehadiran ramai orang seperti ceramah.

“Antaranya ceramah pelancaran Gerakan Mempertahan Kerajaan Kelantan (Pertahan) peringkat negeri, minggu lalu yang menyaksikan kehadiran lebih 2,000 hadirin,” katanya.

Tambahnya, untuk maklumat lanjut, penderma boleh menghubunginya di talian 013-9220500 atau 019-9127002 (Mejar Ramli) dan 013-9280301 (Haji Nordin).

“Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam 030540100257227 atas nama Markas Tarbiah Pas Tanah Merah,” kata Lotfi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");