Panasnya Hari Ini

PAS Tidak Sokong ‘Deklarasi Rakyat’ Jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR: PAS menyatakan pendiriannya untuk tidak menyokong kempen menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pimpinan pembangkang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pas merasakan matlamat pergerakan itu adalah tidak jelas.

Tambahnya lagi, PAS juga tidak pernah dipanggil berbincang berhubung deklarasi itu, sekali gus enggan terbabit.

Katanya, PAS juga tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan kumpulan itu bagi mendesak Najib meletak jawatan kerana percaya masih ada cara lebih baik, iaitu melalui pilihan raya.

“Kita perlu tengok bukan hanya pada deklarasi itu sendiri, tetapi apakah tindakan seterusnya oleh kumpulan ini terutama dalam usaha penyingkiran Perdana Menteri.

“Mungkin rakyat dan pemimpin lain perlu tahu siapa pengganti Perdana Menteri. Kita percaya dalam proses demokrasi, tindakan usul dalam Parlimen juga sebahagian daripada perkara itu, termasuk usul tidak percaya.

“Itu sebahagian proses, proses terbaik ialah pilihan raya ke-14,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini memetik sumber Berita harian.

Tambahnya lagi, PAS akan memanggil pimpinan PAS yang didapati hadir pada pengisytiharan deklarasi itu untuk mendapatkan penjelasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");