Isu Panas

Pas tidak terkejut Tun M tinggalkan Umno

KOTA BHARU – Pas tidak terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekali lagi mengumumkan keluar Umno.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia tidak pelik memandangkan sebelum ini beliau pernah keluar Umno setelah kecewa dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

“Tidak ada benda yang pelik lah. Tidak terkejutlah, bagi orang Kelantan ibaratnya tidak payah buat pulut kuninglah,” katanya kepada media semalam.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar menjangkakan Mahathir akan kembali bersama dengan Umno sekiranya bertukar Perdana Menteri nanti.

Ditanya mengenai perancangan Pas sama ada bersedia untuk membuka laluan kepada bekas Perdana Menteri itu menyertai parti itu, Mohd Amar berkata, ia tidak perlu dipelawa.

“Dia lebih tahu dia nak buat pilihan mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai himpunan mendesak Perdana Menteri melepaskan jawatan pula, Mohd Amar berkata, Pas menyokong pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak akan menyertainya.

“Saya rasa ahli Pas tidak akan pergi sebab biasanya bila presiden tidak pergi, ahli tidak akan sertai,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak melarang ahli-ahlinya ikut serta perhimpunan anti Najib tersebut, namun kehadiran itu bukanlah atas tiket parti sebaliknya hak individu.

Lagipun katanya, penganjur himpunan, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu pihaknya tidak menjemput Pas untuk menyertai himpunan yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac ini.

“Jadi eloklah kalau kita tidak pergi pun,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");