Panasnya Hari Ini

PBT Selangor Diminta Turun Papan Iklan #BebasAnwar

KUALA LUMPUR:Pihak Polis meminta agar pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor bertindak menurunkan papan iklan #BebasAnwar di negeri itu kerana ia memaparkan unsur-unsur hasutan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya berkata, Polis mendapati bahawa papan tanda itu mempunyai unsur hasutan dan mengelirukan rakyat.

“@PDRMsia kesan billboard (papan iklan itu) dengan kata-kata menghasut dan mengelirukan rakyat yang merujuk DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai ‘Tahanan Politik’.

“Pada masa sama, PBT diminta turunkan billboard yang menghasut,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis juga sedang dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap Pengerusi NGO Selangor Datuk Jamal Md Yunos kerana mengugut untuk membakar papan iklan #BebasAnwar.

Terdahulu pada Rabu lepas, Jamal yang mengetuai sekumpulan individu menampal kain rentang di papan tanda #BebasAnwar di Ampang Jaya dekat sini sebagai tanda protes selain mengugut untuk membakarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");