Panasnya Hari Ini

Penyingkiran Najib Patut Dilakukan Ketika PRU

Foto:-MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: “Kita kena tunggu pilihan raya akan datanglah untuk serah balik mandat pilih kerajaan dan lepas itu parti yang mempunyai banyak sekali ahli Parlimen akan menentukan pula siapa yang akan jadi Perdana Menteri (PM),”ujar Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pihak yang ingin menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tegasnya, usaha untuk menyingkirkan Najib sepatutnya dilakukan pada waktu pilihan raya dan parti yang mewakili majoriti di Parlimen akan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

MalaysiaKini melaporkan, Presiden IKATAN itu turut berkata, walaupun BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen, gabungan parti itu masih mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan dua pertiga rakyat di seluruh negara.

“Di Parlimen, BN mendapat sokongan majoriti. Kalau tidak dua pertiga pun, hampir dua pertiga daripada jumlah wakil-wakil rakyat sokong BN untuk terus menjadi kerajaan, bermakna hampir dua pertiga daripada rakyat seluruh negara sokong BN.

“Siapa pula menjadi ketua BN? 14 parti politik dalam BN mahu Datuk Seri Najib jadi ketua di Parlimen, malah dalam UMNO pula hampir 95 peratus daripada ketua bahagian sokong beliau.

“Jadi siapalah kita untuk menidakkan hak rakyat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");