Jenayah

Pemandu treler maut, kemalangan sebabkan hutan terbakar

IPOH – Seorang pemandu treler maut manakala dua lelaki lain cedera dalam tiga insiden yang berlaku serentak di Kilometer 265.4, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Tarmizi Yusof, 39, maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan dipandunya selepas melanggar papan tanda ketika bomba sedang memadam kebakaran di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Mohd Zamri Awang Long berkata, kejadian pertama yang diterimanya kira-kira jam 1.16 pagi itu membabitkan sebuah treler yang terbabas dan terbakar.

“Setiba di lokasi kejadian, pemandu dan kelindan lori cedera dan berjaya dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Treler berkenaan telah terbakar 90 peratus dan kesan api marak itu telah membakar hutan berhampiran seluas dua ekar,” katanya.

Menurutnya, bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan Kuala Kangsar diperlukan bagi memadam kebakaran terbabit.

“Tidak lama kemudian, satu kemalangan membabitkan lori yang membawa buah-buahan berlaku kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian iaitu di KM 265.

“Lori yang dipandu mangsa terbabas dan melanggar papan tanda menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mohd Zamri berkata, operasi diteruskan sehingga tamat kira-kira jam 5.18 pagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");