Perak Hari Ini

Pembangunan Kampung Nelayan Teluk Muroh Hanya Untuk Bantu Nelayan

MANJUNG: Pembangunan di Kampung Nelayan Teluk Muroh dijangka akan memberi nilai tambah selain bertujuan untuk membantu para nelayan  tulen di kawasan tersebut mendapat penempatan dan kehidupan yang lebih selesa.

Masalah nelayan di Kampung Nelayan Teluk Muroh bermula apabila mereka menghadapi masalah penempatan kerana kediaman yang mereka duduki kini dibina di atas tanah milik persendirian.

Masalah tambah meruncing apabila penempatan penduduk di kampung tersebut telah dikenakan tindakan melalui perintah mahkamah oleh pemilik tanah tersebut.

Pegawai Daerah Manjung, Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, pihaknya beruasaha untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi agak sukar untuk menghubungi dengan pemilik tanah.2 (3)

 

“Permasalahan ini adalah di bawah pengurusan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), adalah untuk mengatasi masalah nelayan setinggan yang menetap atas tanah milik persendirian.

“Kita berusaha untuk menyelesaikan dan membantu dengan berunding dengan pemilik tanah, tetapi agak sukar kerana ada dikalangan pemiliknya tidak menetap di sini lagi,”katanya ketika ditemui.

Ujarnya lagi, masalah yang dihadapi oleh golongan nelayan ini turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor.

Mengulas lanjut, pembangunan di Teluk muroh dijangka akan memberi nilai tambah kepada nelayan di kawasan berkenaan kelak.

“Kelulusan pembangunan telah diperolehi pada awal Disember 2015 dari kerajaan Persekutuan dan dirangka oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membangunkan dan memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut.

“Kajian Hidrologis juga dijalankan di kawasan itu menunjukkan tiada apa-apa masalah untuk penambahbaikan perkampungan nelayan teluk Muroh,”ujarnya.

Katanya lagi, pembangunan melibatkan empat fasa pembangunan iaitu fasa pertama merangkumi penambakan tapak projek sebanyak 44 ekar bertujuan menyediakan laluan keluar masuk bot nelayan, penempatan bot nelayan dan jeti serta kemudahan stor.

Manakala bagi fasa kedua adalah berkaitan penempatan perumahan nelayan yang dijangka akan memberi nilai tambah bukan sahaja kepada kawasan nelayan, selain berpotensi menjadi kawasan rekreasi dan riadah kelak.

Tegas Fariz lagi, tidak timbul isu projek ini menceroboh tanah milik persendirian berikutan seluruh tapak projek tersebut adalah tanah kerajaan yang terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri dibawah Seksyen 42 kanun tanah negara.

Tambahnya lagi, usaha tersebut adalah bertujuan membantu setinggan yang dikategorikan nelayan tulen dan juga generasi kedua para nelayan dan masih terlalu awal untuk pihaknya menjelaskan jenis rumah  yang akan dibina di kawasan berkenaan.

1 (5)

Ketua Kampung, Mohd Salim Ghazali menegaskan bahawa pembangunan tersebut menimbulkan kebimbangan penduduk kampung apabila mereka masih didapati belum jelas mengenai tujuan dan kebaikan pembangunan tersebut.

“Tindakan ini adalah memikirkan keseluruhan penduduk dan peluang membina penempatan nelayan baharu ini termasuk penempatan penduduk Padang Tembak Teluk Muroh supaya kesemuanya terbela,” katanya.

“Masalah mengenai pemilikan tanah berbangkit sejak 2012 lagi, apabila memikirkan keadaan penduduk yang tinggal di atas tanah persendirian dan hanya menunggu masa untuk dihalau ia cukup membimbangkan,” katanya.

Tambahnya setiap masalah yang dihadapi mengenai pembangunan ini perlu diselesaikan dengan cara berbincang.

Bancian awal mendapati pembangunan di kawasan tersebut melibatkan 79 kediaman termasuk pembinaan pondok.

Tambahnya lagi, setakat ini pihak nelayan memerlukan tiga perkara utama iaitu tindakan mendalamkan laluan masuk bot nelayan, penempatan sampan dan bot serta pembinaan stor simpanan.

Sementara itu, penduduk kampung Zuraini Mat, menjelaskan bahawa para nelayan di kampung nelayan Teluk Muroh tidak menolak pembangunan namun mereka mengharapkan ekosistem dan punca sumber rezeki tidak terjejas berikutan tambakan tanah tersebut.

“Saya harap ekosistem tidak terjejas, dan langkah tambakan tanah itu dikhuatiri akan menjejaskan sumber mata pencarian kami,” katanya.

Manakala bagi, Mat Junoh Mat Sidek yang kini menetap di atas tanah wakaf mengharapkan pembangunan ini mampu memberi sinar baru untuk beliau sekeluarga memiliki kediaman sendiri kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");