Panasnya Hari Ini

“Pendirian AMANAH Seumpama ‘Lidah Bercabang’- PAS

KUALA LUMPUR:Parti Amanah Negara (AMANAH) disifatkan sebagai parti ‘lidah bercabang’ apabila dilihat seakan tidak mempunyai pendirian tetap mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pemimpin AMANAH dilihat habis-habisan menegaskan pendirian untuk melaksanakan hudud sebagai teras perjuangan apabila parti itu berhadapan dengan pengundi Islam.

“Pendirian mereka seumpama ‘lidah bercabang’. Di depan pengundi bukan Islam pula, mereka seperti DAP tidak akan laksanakan hukum hudud jika Pakatan Harapan menang,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Ujarnya lagi, pendirian AMANAH jelas berbeza dengan PAS yang mengamalkan perjuangan secara konsisten kepada semua pengundi baik Islam atau bukan Islam untuk tetap melaksanakan hudud melalui kaedah-kaedah yang sesuai.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad yang menuduh PAS secara sengaja menekankan agenda pelaksanaan hudud untuk mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga gabungan itu berpecah.

Tambahnya lagi, bukan hanya PAS menjadi punca perpecahan PR tetapi DAP kerana gagal mendukung empat teras Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tonggak ‘Buku Jingga’.

“Setelah empat teras itu disepakati, DAP merobek satu demi satu dukungan terhadap tonggak tersebut,” katanya.

Beliau juga mencabar Dr Dzulkefly supaya tampil menjawab dua soalan berhubung pendirian parti itu mengenai hudud.

“Menjelaskan kepada pengundi-pengundi bukan Islam, adakah AMANAH tiada hasrat langsung untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia atau mereka ada hasrat tetapi disembunyikan kerana bimbang pengundi bukan Melayu lari?

“Saya mahu Dr Dzulkefly terangkan kepada pengundi Islam, adakah AMANAH bersetuju dengan pendirian DAP, sekiranya Pakatan Harapan menang, hukum hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan di Malaysia?,” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");