Perak Hari Ini

Penduduk, Nelayan Mahu Pantai Teluk Muroh Dikekalkan

IPOH: Sebahagian penduduk Kampung Nelayan Teluk Muroh yang tidak bersetuju dengan projek penambakan pantai di kawasan tersebut tidak menolak pembangunan cuma  menginginkan agar pantai warisan di Teluk Muroh itu dikekalkan.

Terdahulu, sekitar 20 mewakili penduduk kampung dan nelayan di Kampung Teluk Muroh Lumut, hadir menghantar memorandum kepada kerajaan negeri sebagai usaha desakan supaya projek penambakan pantai di kawasan tersebut dihentikan.

PERAK TODAY 2

Menurut wakil penduduk, Zulkifli Hamid, penduduk merayu kepada Kerajaan negeri agar mempertimbangkan pelaksanaan projek tersebut selain meminta selain dapat menyelamatkan Pantai warisan Teluk Muroh Lumut kerana dikhuatiri projek itu juga akan menjejaskan sosioekonomi nelayan, penduduk sekitar, industri pelancongan dan ekosistem marin kawasan tersebut.

“Pantai Teluk Muroh adalah satu-satunya pantai yang ada untuk kemudahan orang kampung selain pantai Teluk Senangin dan Teluk Batik

PERAK TODAY 4

“Itu yang kita cuba pertahankan. Kita tidak menolak pembangunan untuk setinggan tetapi kita meminta pihak berkuasa bagi menilai semula supaya pantai itu diselamatkan,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh pagi tadi.

Tambahnya lagi, walaupun projek itu adalah untuk penambahbaikan buat penduduk di kawasan tersebut namun pada masa yang sama nelayan turut terkesan berikutan pantai Teluk Muroh adalah satu-satunya pantai yang masih ada untuk rekreasi keluarga dan mengumpul hasil laut.

PERAK TODAY 5

“Ini adalah memorandum pertama yang diberikan sebelum ini surat dihantar melalui pegawai Menteri Besar dan Pegawai Daerah bagaimanapun tidak dilayan,” katanya.

Tambahnya lagi, penduduk yang memiliki tanah disitu tidak dimaklumkan langsung mengenai projek ini malah tambah terkesan apabila nilai hartanah di kawan itu jatuh merundum.

Ujar Zulkifli lagi, penempatan dikawasan itu melibatkan tiga kelompok iaitu para nelayan, penduduk asal, bukan nelayan serta setinggan.

“Ketiga-tiga kumpulan berhak mendapat manfaat dan adalah lebih baik beli tanah projek terbengkalai di Teluk Muroh digunakan bagi membina rumah untuk setinggan,” katanya lagi.

Sementara itu, bagi wakil nelayan, Mohd Izhar Mohd Talha, penduduk setempat termasuk wakil nelayan dan penduduk kampung mengenainya proses penambakan pantai tersebut.PERAK TODAY 1

“Kami ingin mempersoalkan mengenai sumber pendapatan nelayan semasa proses projek ini berjalan, jika ingin membuat sesuatu pembangunan atau penambakan pihak berkenaan perlu menyediakan penempatan sementara.

“Dengan pantai sudah tiada, kawasan sempit sukar untuk nelayan bergerak.

“Bukan tidak sokong pembangunan kita sokong tetapi perlu meneliti dan mengambil kira pemeliharaan pantai yang merupakan khazanah alam,” katanya.

Ujarnya lagi, pihak berkenaan perlu terus mengekalkan khazanah yang sedia ada selain mengambil kira keperluan nelayan dengan penyediaan perumahan kelak.

“Mampu atau tidak kami pihak nelayan untuk memilikinya itu yang menjadi tanda tanya,” katanya.

Beliau turut menggesa agar penyediaan penempatan nelayan sementara diwujudkan selain keperluan jeti buat para nelayan semasa tempoh projek itu dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");