Panasnya Hari Ini

Tidak Tolak Kemungkinan Pakatan Harapan, PAS-IKATAN Bekerjasama

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Prof Shaharuddin Badaruddin tidak menolak kemungkinan sekiranya Pakatan Harapan dan PAS-IKATAN, akan menjalinkan kerjasama pada masa akan datang.

Katanya lagi, kerjasama antara kedua-dua blok pembangkang berkenaan merupakan sesuatu perkara yang tidak mustahil berlaku dalam usaha mewujudkan sebuah blok pembangkang yang kukuh.

“Tidak mustahil. Politik adalah seni melakukan yang mustahil. Seni yang serba mungkin.

“Apa sahaja blok-blok yang ada di dalam konteks politik Malaysia yang pentingnya adalah apabila menghadapi pilihan raya akan datang, blok pembangkang akan berdepan dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu. Maka di situ kita akan mendapat hasil yang baik,”katanya kepada portal berita, Antarapos.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, PKR bersedia untuk dijadikan sebagai ‘jambatan’ bagi menghubungkan antara PAS-IKATAN dan Pakatan Harapan bagi mewujudkan kerjasama itu.

Jelasnya, ini kerana PKR adalah satu-satunya parti yang masih mempunyai hubungan politik yang baik dengan kedua-dua gabungan pakatan pembangkang itu.

“Melalui proses rundingan yang diadakan menerusi dalaman dan luaran parti. PAS dan DAP tidak akan bertembung dikawasan yang mereka mahu bertanding, sekalipun berlaku perselisihan.

“Atau jika ada pun hanya di satu, dua tempat yang pada saya ia berkait rapat dengan strategi politik masing-masing.

“Kemungkinan pertembungan berlaku di antara PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan ia mesti dirundingkan. PAS dan AMANAH kena mainkan peranan yang besar dalam pertandingan satu lawan satu,”jelasnya.

Pendirian PAS itu dilihat konsisten dengan hubungan parti politik itu dengan PAS yang dilihat masih lagi kukuh, terutamanya melalui pentadbiran di Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");