Panasnya Hari Ini

PKR Diingatkan Tidak Buat Keputusan Secara Bersendirian

KUALA LUMPUR: PKR diingatkan agar tidak membuat keputusan secara bersendirian berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) bersama blok ketiga pembangkang, PAS-IKATAN.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Anuar Tahir berkata, apa juga keputusan yang melibatkan PH harus dibincangkan di peringkat kepimpinan ketiga-tiga parti.

Ini kerana, jelasnya, ianya bertujuan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketidak persetujuan di kalangan pucuk pimpinan parti.

“Sebarang pandangan kita mestilah pandangan bersama, mencerminkan semangat PH,”katanya, memetik laporan Antarapos.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata, PH bersedia untuk bekerjasama dengan blok ketiga pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Kata Azmin, ini adalah kerana PAS-IKATAN itu mempunyai agenda yang sama dengan PH iaitu untuk menawan Putrajaya.

Kerjasama antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) pada 16 Mac lalu ternyata mengejutkan kepimpinan PH apabila ada pihak yang tidak senang dengan kerjasama tersebut, khususnya DAP.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula dengan tegas berkata, PH tidak berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS-IKATAN dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Ini kerana, kata Guan Eng, asas kerjasama dengan PAS tidak lagi wujud apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");