Panasnya Hari Ini

Berhenti Terima Dana Politik Dari Luar Negara

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa parti politik di negara ini perlu berhenti menerima dana dari luar negara.

Hal ini kerana, kata beliau, mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya perlu mengikut ‘telunjuk’ negara yang memberi dana berkenaan.

“Pembiayaan dana politik asing patut dihentikan tetapi kalau sumbangan dari pihak tempatan boleh. Tetapi jumlahnya tidak perlu terlalu tinggi.

“Kalau kita menang, kena ikut negara luar. Tak baik untuk negara ini. Sudah tentu mereka mempunyai niat yang berbeza dan kita ada niat yang lain,”ujarnya, lapor MalaysiaKini.

Mengulas lanjut, dasar yang digunakan Malaysia adalah berbeza dengan dasar negara yang memberi sumbangan tersebut.

Jelas Tun Mahathir, semasa beliau memimpin negara ini, beliau tidak pernah menerima dana politik lebih daripada RM200 juta hingga RM300 juta.

Ujarnya, beliau juga tidak pernah menerima atau mengambil dana dari mana-mana negara atau syarikat asing.

“Tak pernah (terima duit dari dana asing). Hanya dari orang tempatan, malah dari syarikat asing pun tak pernah,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersetuju badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu berhenti daripada menerima dana asing.

Ujar bekas Presiden UMNO itu lagi, beliau juga turut mendakwa negara seperti Amerika Syarikat cuba untuk membiayai NGO bagi memastikan perubahan rejim di sesebuah negara.

“NGO juga (tidak patut menerima dana asing). Saya tahu Amerika Syarikat membayar banyak NGO. Mereka menggunakan duit untuk memastikan perubahan rejim.

“Saya rasa kita tidak patut menerima mana-mana dana asing yang cuba untuk mempengaruhi politik di negara ini,”tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Tun Mahathir berkata kunjungan beliau ke Arab Saudi baru-baru ini adalah atas jemputan dan bukan untuk meminta tolong dari negara tersebut.

“Saya ke sana sebab saya dijemput oleh Arab untuk cakap mengenai politik dan macam mana kita dapat majukan Malaysia. Dia nak belajar. Saya tak pernah pergi ke luar (negara) nak pergi minta tolong,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");