Jenayah

Polis tahan individu terlibat pemerdagangan orang

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan orang di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman rasmi Twitternya.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga individu itu, PDRM berjaya menyelamatkan 17 warga asing mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, tangkapan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJ negeri berkenaan.

“Syabas JSJ @PDRMsia Pulau Pinang tangkap tiga orang dan selamatkan 17 warga asing di bawah ATIPSOM di Sungai Dua Butterworth . #GoPDRMGo,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");