Panasnya Hari Ini

Usul Undi Tidak Percaya MB Terengganu, Ahmad Said ‘Gila Talak’- Azalina

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan ‘usul’ undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai ‘gila talak’.

Ujarnya,Adun Kijal itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

“Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun,” katanya memetik sumber Bernama.

Terdahulu, pada persidangan Dun Terengganu semalam Ahmad Said telah tampil mengemukakan cadangan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif, namun speaker Dun Datuk Mohd Zubir Embong telah menolak cadangan usul itu.

“Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.

“Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB,” katanya.

Tambahnya lagi, Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.

“Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");