Panasnya Hari Ini

PRN Sarawak: Pakatan Harapan Tak Berhasrat Jalin Kerjasama Dengan PAS & IKATAN

KUALA LUMPUR:Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang iaitu PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.

Tambahnya lagi untuk menjadi rakan sekutu apa yang penting adalah kepercayaan antara satu sama lain,bagaimanapun situasi yang berlaku antara DAP dan PAS sebelum ini telah menyebabkan DAP hilang kepercayaan kepada bekas rakan sekutunya itu.

“Saya rasa susah untuk (bekerjasama dengan) PAS dan Ikatan kerana mereka menunjukkan mereka lebih mirip kepada Umno dan Barisan Nasional. Kenyataan yang mereka buat tidak konsisten.

“Saya rasa asas kerjasama sudah tidak wujud lagi iaitu kepercayaan … yang penting ialah apa yang anda setuju dalam mesyuarat mesti berpegang di luar. Apabila ini tidak dilaksanakan sukar bila tidak ada kepercayaan antara satu sama lain,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  sama ada Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara akan bekerjasama dengan blok baharu pembangkang iaitu gabungan PAS-Ikatan bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");