Sukan Hari Ini

Red Ants awasi The Giant Killer

PKNS FC mendambakan keputusan positif pada pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang Sime Darby FC di Stadium Selayang, malam ini.

Pengendalinya, E Elavarasan berkata, PKNS turut berharap penyerang import dari Argentina, Gonzalo Manuel Sato pulih daripada kecederaan dan cergas untuk diturunkan pada perlawanan itu nanti.

“Kita tidak memandang mudah dan sentiasa berwaspada dengan cabaran Sime Darby.

“Oleh itu, saya sentiasa ingatkan pemain agar beri aksi terbaik dan tidak lalai sepanjang aksi 90 minit.

“Saya juga masih memantau perkembangan Gonzalo sama ada dia boleh diturunkan atau tidak,” katanya.

PKNS FC layak ke suku akhir selepas mengejutkan Felda United 3-2 di pusingan ketiga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");