Berita Hari Ini

Projek berteras rakyat diteruskan – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan tetap melaksanakan projek dan program berteraskan rakyat serta memberi kesan berganda kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata antara projek yang akan dilaksanakan ialah projek rumah mampu milik, pembinaan hospital, lebuh raya, hospital, beberapa utiliti komunikasi dan projek pembangunan modal insan.

Selain itu, katanya, pembangunan di kawasan luar bandar seperti projek pertanian berskala kecil dan sederhana akan dimajukan.

“Kerajaan juga memastikan segala perancangan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan mengikut jadual.

“Sebagai kerajaan yang prihatin walaupun kita berdepan krisis ekonomi ekoran kejatuhan harga minyak dunia, kita akan melipat gandakan usaha dengan lebih optimum pelaksanaan projek.

Di samping itu pada 1 Mac lalu kerajaan telah mengeluarkan satu garis panduan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan yang bertujuan supaya semua ketua-ketua jabatan dapat menguruskan dengan cekap pada keutamaan dan projek masing-masing agar lebih berkesan sejajar dengan agenda nasional.

“Langkah-langkah proaktif ini akan dilaksanakan secara bersepadu bagi memberi pelaksanaan projek dapat diikut mengikut perancangan,” katanya menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Mohammad Khair-il meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah projek keutamaan yang dikenal pasti berikutan cabaran ekonomi global dan pengubahsuaian bajet baru-baru ini demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, melalui pengubahsuaian bajet baru-baru ini, kerajaan tidak membatal dan mengurangkan projek yang sudah diluluskan.

Katanya, pengubahsuaian itu lebih kepada penyesuaian aliran tunai dengan mengagihkan semula peruntukan sesuatu projek atau program pembangunan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");