Sukan Hari Ini

PSG pamer kualiti

PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc memuji karakter dipamerkan anak buahnya ketika menewaskan Chelsea 2-1 pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Dalam aksi di Stadium Stamford Bridge, PSG jelas menunjukkan penguasaan apabila hantaran Zlatan Ibrahimovic membenarkan Adrien Rabiot menyumbat masuk gol sebelum dia menemui sentuhan penyudah pada minit ke-67, sekali gus memastikan kemenangan pasukan dengan agregat 4-2.

Gol tunggal Chelsea dijaringkan Diego Costa m-27.

Kemenangan itu membolehkan PSG mara ke suku akhir untuk tahun keempat berturut-turut.

“Kami menunjukkan kualiti yang sebenarnya dengan menguasai perlawanan dengan baik termasuk efektif di bahagian serangan.

“Ingatkan kami akan mendapat tentangan dan saingan sengit tapi sebaliknya. Ini petanda kualiti PSG semakin meningkat.

“Apapun, untuk mara lebih jauh, kita perlu kekal momentum di samping berharap undian memihak kepada kita,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");