Berita Hari Ini

Pulau Pinang rekod bilang penagih dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang merekodkan jumlah penagih dadah tertinggi dalam tempoh Jan 2010 hingga Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dalam tempoh tersebut, jumlah keseluruhan penagih dadah berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah seramai 127,606 orang.

“Berdasarkan pecahan, seramai 88,597 penagih merupakan penagih baharu. 39,009 pula adalah penagih berulang.

“Daripada jumlah tersebut, Pulau Pinang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 18,889 penagih,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang mahu Menteri Dalam Negeri menyatakan perincian perangkaan tahunan bilangan penduduk yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam tempoh 2010 hingga 2015.

“Pecahan mengikut kaum pula, Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 100,240 penagih,” kata Nur Jazlan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui AADK mengekalkan dasar dan mengambil pelbagai langkah dalam usaha membanteras kegiatan dadah di Malaysia.

Katanya, perlaksanaan strategik telah dirangka membabitkan tiga pendekatan iaitu pencegahan, rawatan perubatan dan pemulihan serta penguatkuasaan dalam usaha membanteras keguatan dadah sehingga ke akar umbi.

“Pendekatan pencegahan berfokus juga dilakukan pada 2015 dengan memberi tumpuan kepada 178 kawasan yang berisiko tinggi. Dalam pendekatan perubatan dan pemulihan, AADK memperkenalkan dua program iaitu lawatan dan pemulihan dalam institusi.

“Bagi pendekatan penguatkuasaan, di mana penagih dadah yang enggan menjalani rawatan secara sukarela di AADK akan ditangkap melalui operasi. Selain itu pemantauan ke atas orang yang kena pengawasan (OKP) yang menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata, pengawasan terhadap OKP yang melanggar syarat akan melalui prosedur siasatan dan pendakwaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");