Perak Hari Ini

Raih Sokongan Dengan Kebaikan – DS Tajuddin

LANGKAP: Cara terbaik untuk meraih sokongan daripada masyarakat bukan Melayu adalah dengan melakukan kebaikan terhadap mereka, ujar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apa yang diperlukan oleh rakyat adalah seorang pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Ujarnya, ini termasuklah dengan memberikan bantuan, perkhidmatan terbaik sebagai wakil rakyat dan juga menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

“Kita kena memberikan perkhidmatan yang diperlukan terutamanya masyarakat Cina luar bandar yang mana mereka pun mempunyai pelbagai masalah dan memerlukan bantuan.

“Sokongan masyarakat Cina diluar bandar adalah apa yang kita boleh bantu mereka. Jadi saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak dari dahulu lagi saya mendekati diri saya dengan mereka dan memberikan pertolongan, bantuan dan perkhidmatan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina 2016 Parlimen Pasir Salak yang berlangsung di sini, pada Ahad.

IMG_2230

Ujarnya, perkara berkenaan merupakan kunci terbaik untuk meraih sokongan daripada rakyat terutamanya masyarakat bukan Melayu.

Dalam pada itu, beliau turut membidas tindakan pihak pembangkang yang mencari pelbagai cara untuk menanam kebencian dalam kalangan masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan.

Tegasnya, perkara itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi sokongan mereka kepada kerajaan.

“Kadang-kadang ada juga yang mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak luar yang mana mereka membawakan hasutan-hasutan. Kadang-kadang bukan isu local (setempat), tetapi isu nasional,

“Ada juga yang terpengaruh dengan kempen-kempen yang membentuk kerajaan yang berkuasa dan sebagainya. Ini menyebabkan ada daripada mereka yang walaupun kita beri perkhidmatan terbaik, tetapi mereka tidak menyokong kita,” katanya lagi.

Namun begitu, beliau berkata, ia tidak seharusnya mematahkan semangat dan hendaklah tidak berputus asa dengan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Terdahulu, hampir 1,000 orang masyarakat setempat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina 2016 Parlimen Pasir Salak.

Acara telah dimeriahkan lagi dengan nyanyian, tarian kebudayaan dan juga tarian Singa.

Tajuddin turut tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan angpau kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");