Panasnya Hari Ini

‘Rakyat Tak Mahu Dengar Fakta Tentang 1MDB Kerana Membosankan’ – Arul Kanda

KUALA LUMPUR: “Anda tentu tahu, fakta adalah membosankan dan rakyat tidak mahu mendengarnya,”kata Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Beliau berkata demikian kerana mendakwa, rakyat tidak akan mempercayai penjelasan yang diberikan oleh 1MDB kerana fakta-fakta adalah sesuatu yang membosankan, manakala dakwaan tidak berasas yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu pula adalah ‘seksi’.

“Antara 2009 dan Januari 2015, apabila saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya, saya akui sepenuhnya bahawa perkara mungkin boleh diperbaiki, terutama dari perspektif komunikasi.

“Bagaimanapun sejak Januari 2015 dan seterusnya, kami banyak melibatkan diri dengan orang ramai.

“Malangnya, cabaran 1MDB yang sebenarnya adalah cabaran perniagaan tetapi telah dipolitikkan,”ujarnya, lapor Malaysiakini.

Kata Arul lagi, ahli politik berlumba-lumba membuat tuduhan tanpa merujuk kepada fakta mahupun menawarkan sebarang bukti kerana ia adalah ‘seksi’.

Dalam masa yang sama, beliau juga berasakan bahawa saman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak merujuk kepada syarikat pelaburan negara itu.

“Saya tidak biasa dengan tuntutan mahkamah, tetapi saya tidak fikir ia ditujukan kepada 1MDB dalam apa jua cara,”ujarnya.

Terdahulu, Tun Mahathir bersama ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salahlaku ‘tort misfeasance’ dalam jawatan awam.

Ketiga-tiga mereka telah memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan ‘tort misfeasans’ dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalahgunakan kedudukannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");