Panasnya Hari Ini

Rayani Air Hanya Indah Khabar Dari Rupa

KUALA LUMPUR: Berikutan rungutan dan kritikan banyak pihak terhadap syarikat penerbangan terbaru negara, Rayani Air, telah mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Beliau menerusi status di akaun Facebook miliknya berkata, banyak perkara yang perlu dibuktikan Rayani Air sebagai sebuah syarikat penerbangan yang mengamalkan konsep patuh syariah.

Tambahnya lagi aspek patuh syariah bukan hanya terhad kepada pemakaian semata-mata, sebaliknya konsep pelaksanaannya perlu dibuat secara menyeluruh.

“Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama,” catatnya.

Tambahnya perkara membimbangkan kini adalah mengenai persepsi orang bukan Islam, yang mungkin akan berpandangan bahawa Islam hanya menitik beratkan prinsip luaran sahaja.

Beliau turut menasihatkan agar nama Islam tidak disalahgunakan untuk meraih populariti semata, tanpa memahami dan melaksanakan nilai seperti yang sepatutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");