Panasnya Hari Ini

Saman Najib Adalah Kesinambungan Agenda Politik Tun M

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan saman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesinambungan agenda politik mantan Perdana Menteri itu.

Mengulas lanjut, tindakan yang diambil oleh Tun Mahathir adalah kesinambungan daripada agenda politik untuk menggulingkan Perdana Menteri.

“Bagi parti dan kerajaan, kami menyokong penuh Perdana Menteri dan kami berpandangan bahawa ia (tindakan guaman) adalah perlanjutan agenda politik untuk menggulingkan Perdana Menteri,” katanya, lapor mStar.

Terdahulu, pada 23 Mac lalu, Tun Mahathir bersama bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin telah memfailkan saman terhadap Najib diatas dakwaan salah laku yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam masa yang sama, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Mac juga turut diberi penjelasan berkaitan kes salah seorang pegawainya yang didakwa telah menyelewengkan dana kementerian itu bernilai RM107 juta.

Jelasnya, jemaah menteri telah dimaklumkan oleh beliau bahawa kes tersebut kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ujarnya lagi, kes itu juga akan disiasat oleh satu pasukan bebas yang bertugas di bawah Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Audit Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");