Jenayah

Dipaksa gunting lidah: Polis sahkan terima laporan

KLANG: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kes buli membabitkan murid sekolah rendah di Bukit Tinggi, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abd Razak berkata, laporan itu dibuat oleh ibu mangsa.

“Menurut pengadu, dia dimaklumkan pihak sekolah anaknya tercedera di lidah akibat terkena gunting.

“Pengadu bersama pihak sekolah kemudian membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang,” katanya.

Beliau berkata, semasa di hospital, anak pengadu menceritakan dia dipaksa lima orang budak lelaki supaya menggunting lidahnya sendiri jika tidak mahu ditumbuk.

“Akibat ketakutan, mangsa telah menggunting lidahnya sendiri sehingga cedera.

“Mangsa juga mendakwa beberapa kali mengadu di buli oleh beberapa murid disekolahnya,” katanya.

Kes di siasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");