Panasnya Hari Ini

‘Saya Tiada Niat Jadi Perdana Menteri Seterusnya’ –Tengku Razaleigh

KUALA LUMPUR: “Saya terlalu tua…saya tiada niat untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya,”kata pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di kediaman beliau hari ini.

Portal berita mStar melaporkan, Tengku Razaleigh juga turut memberi alasan yang sama ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai rancangan untuk memulihkan UMNO.

“Sebelum ini saya boleh cakap lima atau enam kali sehari. Sekarang saya boleh cakap mungkin dua kali sehari dan saya sudah penat,”ujarnya.

Tengku Razaleigh juga mengakui beliau tidak menyedari tentang akuan berkanun yang tidak ditandatangani bagi menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya sudah tahu sekarang, tetapi ia bukan akuan berkanun, tetapi lebih kepada surat kepada Agong.

“Saya diberitahu ia hanya mengatakan seseorang seperti saya seharusnya dilantik,”jelas beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk mengubah landskap politik di negara ini.

“Perlu ada perubahan. Bukan sekadar seorang individu tetapi perubahan kepada keseluruhan sistem.

“Dan ia tidak sepatutnya dibiarkan sebagai kumpulan ‘elit’ yang boleh putuskan untuk berubah, tetapi rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ dan Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");