Panasnya Hari Ini

Selesaikan Isu Muhyiddin, Mukhriz Dengan Pendekatan ‘Kasih Sayang’ – Shahidan

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berpendapat parti itu perlu menggunakan pendekatan ‘kasih sayang’ dalam menangani isu anggota dan kepimpinan parti yang bertindak menandatangani deklarasi rakyat baru-baru ini.

Ujarnya, tindakan menghukum atau mengetepikan mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu parti UMNO kini.

“Kalau kita ketepikan mana-mana pihak, pasti tidak selesai masalah, nak selesai kita kena ambil pendekatan ‘kasih sayang’.

“Yang lain serahkan pada agensi yang bertanggungjawab mengadilinya. Kalau rakyat semua jadi hakim, (akan timbul) masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Parlimen ke-13, di bangunan Parlimen semalam memetik sumber Bernama.

Tambahnya lagi, segala keputusan dan tindakan perlu diserahkan kepada  pihak yang bertanggungjawab bagi mengadilinya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai gesaan segelintir anggota dan pemimpin Umno yang mahu tindakan pecat diambil ke atas Ketua Umno Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang didapati hadir dan menandatangani deklarasi bertujuan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Shahidan juga berpendapat sebarang tindakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya boleh dibuat melalui proses demokrasi di Parlimen.

“Kena ingat ini negara demokrasi berparlimen, jadi yang boleh jatuhkan PM (perdana menteri) itu di Parlimen. Dalam parti, parti boleh buat keputusan mengenai presiden,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");