Panasnya Hari Ini

Singkir Najib : Tun M Sedia Berjumpa Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan tentang cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MalaysiaKini melaporkan, ini kerana perjuangan Tun Mahathir adalah untuk menjatuhkan Najib dan beliau sanggup untuk bekerjasama dengan sesiapa demi perjuangan beliau itu.

“Belum ada (berjumpa dengan Wan Azizah). Kalau dia nak, boleh. Saya terbuka. Tujuan saya satu, untuk jatuhkan Najib.

“Hari ini perjuangan kita terhad kepada satu sahaja untuk menjatuhkan Najib.

“Untuk jatuhkan Najib, dengan sesiapa pun saya bekerjasama termasuk Lim Kit Siang,”ujarnya.

Ditanya sama ada bekas Presiden UMNO itu bersedia untuk bertemu dengan keluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Mahathir berkata, ianya bergantung kepada keadaan.

“Itu kita tengoklah (nak berjumpa dengan keluarga Anwar),”ujarnya.

Terdahulu, Tun Mahathir mengetuai Deklarasi Rakyat bersama-sama dengan bekas pemimpin kanan kerajaan, pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga NGO bertujuan untuk menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");