Panasnya Hari Ini

Sokong Deklarasi Rakyat Bermakna Sokong Pembebasan Anwar – Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan mendakwa, 90 peratus yang menandatangani Deklarasi Rakyat hanyalah mahu menggunakan platform tersebut untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang itu dari penjara.

Berikutan itu, beliau menyifatkan, mana-mana pihak yang menyokong deklarasi tersebut bermakna menyokong pembebasan Anwar.

“Saya sedia maklum bahawa tiada klausa dalam deklarasi terkandung agenda membebaskan Anwar. Penaung deklarasi ini (Tun Dr Mahathir Mohamad) juga dengan tegas menyatakan bahawa ia tidak ada kena mengena dengan ‘Bebas Anwar’.

“Namun, kita juga sedia maklum bahawa 90 peratus yang menandatangani deklarasi ini mahu menggunakannya sebagai platform untuk membebaskan Anwar. Mereka mendesak agar agenda pembebasan Anwar berjalan seiring ‘Deklarasi Rakyat’,”katanya menerusi catatan di blog beliau.

Beliau menyifatkan bahawa, peratusan tersebut amat tinggi dan pada pandangannya, tidak mungkin 10 peratus itu dapat mengatasi kumpulan 90 peratus melainkan mempunyai kuasa yang luar biasa.

Saiful turut mengakui bahawa beliau turut dihubungi oleh beberapa individu yang menjemputnya untuk turut menandatangani deklarasi tersebut.

Saiful yang memetik laporan portal berita Free Malaysia Today, berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menetapkan bahawa pembebasan Anwar akan menjadi antara agenda utama Deklarasi Rakyat.

“Jadi wajarkah saya sokong gerakan tersebut? Gerakan yang mana majoriti ahlinya mahu Anwar dibebaskan?

“Jika saya sokong, maka secara tidak langsung saya akan dilabel sebagai pembohong, melakukan penipuan di mahkamah dan lebih besar lagi, iaitu melanggar sumpah laknat saya yang telah saya lafazkan di Masjid Wilayah dan Masjidil Haram,”ujarnya.

Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana didapati bersalah oleh mahkamah kerana meliwat Saiful.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");