Panasnya Hari Ini

Speaker Tolak Usul Undi Tidak Percaya Terhadap MB Terengganu

KUALA LUMPUR:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya yang dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini.

Menurut Mohd Zuber, usul itu ditolak kerana didapati tidak memenuhi syarat.

“Mengikut peraturan mesyuarat, notis ini perlu dikemukakan dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari.

“Keputusan ini muktamad. Namun usul ini tidak mati begitu sahaja, pihak Yang Berhormat boleh menulis surat rayuan kepada Speaker untuk dipertimbangkan,” katanya pada persidangan DUN Terengganu memetik sumber Mstar Online.

Sementara itu, Mohd Zuber kemudiannya menangguhkan persidangan kira-kira pukul 3.15 petang.

DUN Terengganu akan bersidang semula pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");