Perak Hari Ini

SPM: ‘Rezeki Itu Allah Sudah Tentukan’ – Calon Berkeperluan Khas

IPOH: “Rezeki itu Allah dah tentukan. Jangan sesekali berputus asa,” kata seorang calon Berkeperluan Khas  yang memperoleh keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, Norshaqirieen Zainon.

Norshaqirieen yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar mempunyai masalah penglihatan berjaya memperoleh keputusan 7A.

PERAKTODAY4

“Kalau kita rasa ‘down’, jangan sesekali mengalah, jangan berhenti. Kita perlu cari guru-guru dan rakan-rakan yang boleh membantu kita.

“Ibu dan ayah saya juga turut memberi dorongan dan memantau saya untuk belajar dan beribadat.,”katanya ketika ditemui di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pagi tadi.

Beliau yang bercita-cita ingin menjadi seorang pendakwah kini sedang di dalam proses menghafaz Al-Quran dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke Darul Quran, di Tapah.

Katanya lagi, disebabkan masalah penglihatan yang dialaminya, beliau sering merujuk kepada guru-guru dan rakan-rakannya bagi memahami mata pelajaran yang diajar oleh guru.

“Cikgu meminta saya duduk di depan (kelas). Cikgu juga sering ke tempat duduk saya untuk membantu. Selain itu rakan-rakan juga datang membantu.

“Nasihat saya, untuk semua yang ada kekurangan, saya harap jangan putus semangat. Rezeki Allah dah tentukan. Rujuk pada yang pakar,”ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi calon Berkeperluan Khas (Cacat Pendengaran) Shun Ho Yee dari SMK Sri Ampang, beliau amat berterima kasih kepada guru-guru dan ibubapa yang memberi semangat kepadanya untuk menghadapi SPM.

PERAKTODAY5

“Terima kasih kepada ibubapa saya kerana menghantar saya ke pusat tuisyen. Kepada guru-guru yang sanggup bersusah payah untuk membantu saya,”katanya.
Shun Ho Yee berjaya memperoleh keputusan 7A di dalam peperiksaan SPM 2015.

Gurunya, Norsiah Mohamed Sapari berkata, meskipun mempunyai masalah pendengaran, Ho Yee dimasukkan ke kelas seperti biasa.

“Kami membantu melalui latihan-latihan serta kelas-kelas tambahan.

“Ho Yee juga seorang yang sangat berani kerana kalau dia tidak faham, dia akan jumpa dengan guru-guru sehinggalah dia faham,”ujarnya.

Sementara itu, menurut Noorsadaanirah a/p Anuar dari SMK Methodist Sungai Siput (U) tidak dapat menafikan perasaannya apabila memperoleh 8A di dalam peperiksaan SPM 2015 dan menjadikan beliau salah seorang pelajar orang asli cemerlang.

PERAKTODAY

Katanya, beliau tidak pernah pergi ke kelas-kelas tuisyen dan hanya mengulangkaji sendiri selain daripada menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

“Saya belajar sendiri di rumah kerana lebih selesa. Saya juga tidak mengambil kelas diluar kecuali kelas-kelas tambahan yang sekolah buat.

“Kebiasaannya, saya akan menghabiskan masa sekitar dua jam setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran,”katanya yang bercita-cita ingin menjadi seorang tentera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");