Jenayah

Suami isteri direman

Jitra: Suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita disyaki akibat didera secara fizikal di Taman Gemilang, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Kanan Mohd Khairul Hafizuddin Ramli terhadap kedua-dua suspek berusia 43 dan 28 tahun.

Lelaki terbabit difahamkan bekerja sebagai ejen insurans dan isterinya seorang doktor perubatan bertugas di Hospital Jitra.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari semalam, mangsa, Nurul Syahirah Ishak, 21, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra selepas disyaki didera secara fizikal oleh suspek.

Difahamkan mangsa tinggal bersama suspek dan anak pasangan itu berusia enam bulan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");