Berita Hari Ini

Sultan Mizan gesa tangani militan IS

KUALA NERUS – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah pemikiran yang dibawa oleh kumpulan ekstrem agama seperti IS? hendaklah ditangani segera.

Titah baginda, kumpulan ekstremis berkenaan tidak boleh dibiarkan berleluasa di negeri ini kerana dikhuatiri boleh menimbulkan huru-hara dan ketegangan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Sukacita beta mengingatkan bahawa jawatankuasa fatwa negeri Terengganu yang bersidang pada 10 Jun lepas, telah memutuskan bahawa militan IS dan kumpulan militan lain yang membawa ideologi keganasan, melakukan pembunuhan radikal dan ekstrem, adalah haram kerana bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis penutup majlis tilawah al-Quran peringkat negeri Terengganu malam tadi.

Turut berangkat ke majlis itu Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");